Pemain Overwatch 2 diharamkan kerana taip “GG”, “yipppeee”, dan “nice shot”

Siapa sangka menjadi seorang pemain yang sangat positif dalam permainan video boleh menjadi punca anda diharamkan.

Overwatch 2 selalunya mengekang toksik dengan memantau chat suara dan sangat bagus untuk mengharamkan pemain yang penipu.

Tetapi tidak untuk pemain Overwatch 2 ini.

“Saya diharamkan dari Overwatch kerana menjadi orang yang positif,”

I got banned from overwatch for being a positive person, and no im actually serious i really did
byu/Nyro117 inOverwatch

Seorang pemain Overwatch bernama Nyro117 kini diharamkan oleh Blizzard dari bermain Overwatch.

Blizzard mengatakan frasa “F**k that was clean Hanzo”, “go back to it please”, “gg”, “that scared me”, “ns”, dan “yipppeee”.

Mungkin punca sebenar dia diharamkan adalah mencarut.

Beberapa individu di reddit juga memberikan pendapat mereka.

“Secara jujurnya, mereka tidak patut memberikan bot membuat pengharaman. Kita selalu terpaksa menghadap perkara sebegini kerana sistem dalaman mereka yang tidak tepat.”

“Saya juga mempunyai pengalaman yang sama. Sentiasa digantung dari Overwatch 2 kerana mencarut dan pada satu tahap saya diharamkan terus secara kekal,” katanya.

Setakat ini masih belum ada apa-apa keputusan dari Blizzard untuk menarik balik penggantungan ini.

RELATED NEWS

+