RamPaGe Gaming Muncul Juara COD WWII Asia Championship – Memenangi RM47,400

COD World War II Asia Championship baru saja berakhir minggu lalu dan kita menyaksikan bagaimana wakil negara, Rampage Gaming mengatasi tiga lagi saingan dari Malaysia dan Singapura di Battle Arena, Petaling Jaya, Selangor.

Dengan kejayaan mereka itu, Rampage membawa pulang hadiah wang tunai RM47,400 dan menjadi satu-satunya wakil dari rantau Asia Tenggara untuk ke kejohanan Call of Duty World League di Anaheim, Los Angeles, Amerika Syarikat pada Jun ini.

Wakil Malaysia, Venom mendapat tempat ketiga dengan kemenangan sebanyak RM7,900 dan kedua-dua wakil Singapura iaitu Avarice Gaming (tempat kedua) memperoleh RM19,700 dan ItsNutty, RM3,900 di tempat keempat.

Selain kejohanan ini, turut berlangsung kejuaraan PlayStation League Asia 2018 yang menghimpunkan pemain FIFA di rantau Asia.

RELATED NEWS

+