Call Of Duty: Jericho Digugurkan Dari RamPaGe Gaming, Diganti Pemain Johor Bahru, Kira

Selepas menjuarai kejohanan Asia Call of Duty 2019 yang berlangsung di Hong Kong baru-baru ini, pasukan Call of Duty (COD) negara, RamPaGe Gaming akhirnya membuat keputusan untuk melepaskan Jericho Ambulo dari Filipina berikutan prestasi dan keserasiannya yang mungkin tidak menepati matlamat pasukan itu.

Gambar FB: RamPaGe Gaming

Dalam satu kenyataan di TwitLonger, RamPaGe berkata keputusan ini dibuat atas dasar untuk menjadi skuad lebih baik dan cemerlang di masa depan. Malah, ia bukanlah bersifat peribadi dan Jericho dilepaskan dengan cara yang baik dan atas persetujuan bersama.

Mereka juga berterima kasih kepada Jericho atas sumbangan serta kerjasamanya bersama pasukan dan mengucapkan selamat maju jaya kepada pemain Filipina itu.

RamPaGe sebelum ini diwakili Abdul “RanGer” Hakiem sebagai kapten, Daniel “Rainyz” Ali, Sean “SeanAsia–” (Singapura), Izzul Amin (Singapura) dan Jericho Ambulo. 

Ketika ditanya mengenai pembahagian hadiah wang kemenangan tempoh hari, Pengurus RamPaGe Gaming, Muhd Nazmi Nahar mengatakan Jericho tetap akan menerima haknya sebagai pemenang COD Asia Championship 2019 bersama skuad itu.

“Ya, kami akan bahagikan wang kemenangan itu sama adil dan Jericho akan menerima 100% jumlah dari bahagiannya,”

Nazmi juga berkata yang pengganti Jericho sudah pun dijumpai.

“Kami dah pun merekrut ahli baru, Arjun (Kira) ke dalam roster ini. Pengumuman sudah pun dibuat,”

Pemain muda, Arjun dari Johor Bahru pastinya akan buat yang terbaik untuk menghadapi saringan COD World League Anaheim Open 2019 pada Jun ini. Semoga berjaya kepada RamPaGe Gaming dengan roster terbaru ini!

Baca lanjut: RamPaGe Gaming bawa harapan negara sekali lagi

Baca lanjut: Anak jati Terengganu ini cipta nama di Asia

RELATED NEWS

+