Sempena pelancaran filem Spider-Man: Far From Home, dua sut daripada filem terbaru Marvel ini muncul dalam versi video game juga.
Marvel’s Spider-Man dibangunkan oleh Insomniac Games menerima satu kemaskini untuk patch 1.16 yang mana membolehkan pemain untuk dapatkan dua rekaan sut berbeza secara percuma
Mengikut langkah promosi sama seperti filem Spider-Man: Homecoming, pemain boleh memakai dua jenis sut Spider-Man: Far From Home sambil berayun-ayun di bandar New York seperti tertera di gambar bawah.
Korang boleh dapatkan kedua-dua sut ini dalam game secara percuma sekarang. Spider-Man dilancarkan pada 7 September lepas khas untuk PlayStation 4.
Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.