4Meyz tidak bermain di MPLI 2022, ini jawapan Ikuto

Penyertaan pasukan Todak di Kejohanan Jemputan Liga Profesional MLBB (MPLI) 2022 penuh dengan kejutan dan draft yang menarik. Tapi apa yang menarik perhatian ramai adalah ketiadaan 4Meyz yang digantikan dengan Momo di EXP Lane dan Moon akhirnya menyertai lineup utama sekali lagi. 

“Boleh kata, kita ingin melihat pasukan Todak sebagai satu pasukan yang berenam atau ‘six man’ roster. Kita bukannya satu pasukan yang lima tambah satu.

“Kita ingin menjadi pasukan yang boleh mengubah dan mengadaptasi permainan dengan lebih cepat dengan barisan pemain yang boleh diubah bila bila masa,” itu jawapan Pengurus Pembangunan E-Sukan Todak, Radzi “Ikuto” Rahman.

Ikuto berkata ini adalah sedikit pengenalan untuk strategi Todak.

“Seperti yang semua tahu, Todak adalah salah satu pasukan yang sukar untuk diramal. Trust the process,” katanya.

 
 
 
View this post on Instagram

A post shared by TODAK MOBILE LEGEND (@todakmlbb)

Todak menunjukkan prestasi yang membanggakan sepanjang kejohanan ini selepas menewaskan wakil Singapura, Slate Esports dan Aura Fire dari Indonesia.

 
 
 
View this post on Instagram

A post shared by MPL Malaysia (@mplmy.official)

Mereka akan bertemu satu lagi wakil Singapura, RSG SG yang juga juara MPL negara itu pada malam ini untuk perlawanan separuh akhir.

Foto: MOONTON Games

RELATED NEWS

+