Perubahan MPL MENA – 10 pasukan, dua slot ke MSC 2024

MOONTON Games mengumumkan perubahan untuk Liga Profesional MLBB Timur Tengah dan Afrika Utara (MPL MENA) untuk musim terbaru ini.

Ia seiring dengan pelan mereka untuk menyediakan peluang kepada pemain profesional di rantau itu merebut slot ke Mid Season Cup (MSC) 2024 yang akan dianjurkan seiring dengan Esports World Cup di Riyadh, arab Saudi. 

MPL MENA diberikan dua slot kelayakan ke MSC 2024, satu-satunya rantau yang menawarkan dua slot selain Indonesia dan Filipina.

Kali ini, MPL MENA akan gunakan format pecahan. Ia akan menggunakan nama baru iaitu MPL MENA Season 5 untuk musim kali ini.

Pasukan juga ditambah ke 10 pasukan, naik dua pasukan dari sebelum ini hanya lapan pasukan bertanding di MPL MENA Fall Split 2023.

MPL MENA musim kelima akan bermula pada 18 April ini.

Sementara itu, Malaysia akan menerima satu slot untuk bertanding di pusingan Wild Card, sama seperti tahun lalu.

 

TAGS

RELATED NEWS

+