5 pemain e-sukan dituduh menipu tetapi sebenarnya tak menipu pun

Ada yang power sangat sampai ke tuduh menipu. Penipuan antara perkara yang paling dibenci di dalam e-sukan.

Malah hanya dituduh kerana menipu akan memberi masalah kepada ramai pemain profesional.

Mereka ni sebenarnya tidak pernah menipu tetapi dituduh menipu.

1. Stewie2k (CS:GO)

Stewie2k pada awal dulu dituduh oleh seorang Youtuber bernama Dan M kerana menggunakan aim bot.

Tetapi akhirnya Stewie2k berjaya membuktikan bahawa beliau tidak sekali pernah menipu.

Stewie2k antara pemain CS:GO terbaik di Amerika Utara dan pada tahun 2017, beliau dituduh menipu.

Namun tuduhan ini tidak berasas kerena banyak pemain profesional CS:GO lain tidak percaya dan memberitahu Stewie2k tidak pernah menipu.

2. Ardiis (Valorant)

Ardiis sudah menjadi antara individu yang namanya meningkat sejak masuk ke dalam dunia VALORANT.

Namun, Gamer Doc yang mengeluarkan satu klip suara mengenai penipuan Ardiss untuk match fixing ketika bermain CS:GO dulu.

Ardiis menolak semua tuduhan ini, dia cuma mendengar apa yang penipu itu cakap namun tidak pernah menipu.

Riot Games sendiri mengeluarkan satu kenyataan dan menjumpai Ardiis menipu.

Semua orang tahu Ardiis adalah pemain yang betul.

3. Coldzera (CS:GO)

Coldzera adalah lagenda CS:GO dan banyak mendapat tuduhan menipu.

Dan M kali ini hadir dengan tuduhan penipuan.

Pemain profesional ini masih dituduh menipu tetapi tuduhan ini tidak berasas dan Coldzera antara pemain CS:GO terhebat dan sudah pasti akan mendapat tuduhan menipu.

4. Geguri (Overwatch)

Geguri antara pemain Overwatch bagi pasukan Shanghai Dragons yang menghantui ramai pemain dengan permainan Zarya yang terbaik.

Pada 2016, Geguri dituduh menipu.

Malah Geguri juga mendapat beberapa ancaman dari pemain yang menuduhnya.

Geguri akhirnya membuktikan dia cuma terlalu hebat menggunakan Zarya dan melakukan live stream menunjukkan dia bermain.

Blizzard pula tidak menjumpai apa-apa bukti bahawa Geguri menipu.

5. Taimou (Overwatch)

Taimou dituduh menipu ketika menggunakan Widowmaker apabila membunuh ramai pihak lawannya dengan penuh ketepatan.

Mike Rufail pemilik EnVyUs sendiri membuktikan Taimou tidak pernah menipu.

Beliau malah membuat PC untuk Taimou dengan tangannya sendiri untuk memastikan Taimou tidak menipu.

EnVyUs selepas melihat Taimou bermain selama beberapa jam dan sudah pasti Taimou tidak menipu.

Taimou cuma terlalu bagus.

Ini sahaja 5 pemain yang dituduh menipu namun mereka tidak pernah menipu.

Apa yang boleh dikatakan, sebagai seorang gamer apabila anda dituduh menipu tetapi anda tidak menipu mungkin itu sebenarnya pujian.

RELATED NEWS

+