Paper Rex tempat ketiga di VCT Masters Madrid, bawa pulang RM307,000

Paper Rex berjaya mendapat tempat ketiga di kejohanan VCT Masters Madrid sekali gus membawa pulang wang tunai AS$65,000 (RM307,000).

Di peringkat upper bracket separuh akhir, mereka tewas di tangan skuad Korea Selatan, Gen.G sebelum bertemu Sentinels di pusingan lower bracket final dan tewas 3-1.

Pada pusingan grand final, Sentinel berjaya menunjukkan ‘kuasa’ Amerika lebih hebat di pentas Masters Madrid dan menundukkan Gen.G dengan skor 3-1.

Namun, perjuangan mereka di VCT belum berakhir kerana Paper Rex akan beraksi di VCT Pacific: Stage 1 sebagai ‘partner team’.

Perlawanan pertama ke atas T1 akan berlangsung pada 7 April ini.

RELATED NEWS

+