6 permainan video anime terbaik setakat ini

Permainan video dengan estetik anime telah menjadi sesuatu yang tidak asing lagi untuk peminat anime dan juga peminat permainan video. 

Tidak kira permainan seperti francais Tales dan juga Persona. Permainan video berdasarkan anime yang sedia ada pasti akan wujud untuk menarik lebih minat dan peminat baru.

6 Permainan Video Anime paling seronok untuk dimain setakat ini:

1. Dragon Ball : Xenoverse 2

Peminat kipas susah mati Dragon Ball Z pasti akan bermain permainan video Dragon Ball ini. Penuh dengan fan service, Dragon Ball Z: Xenoverse 2 juga mempunyai perlawanan yang penuh aksi dan laju. 

Quest yang begitu banyak dan juga kemajuan yang sentiasa membuat anda mencari pelbagai cara untuk menguatkan karakter anda.

2. Naruto Shippuden Ultimate Ninja Storm 4

CyberConnect2 yang terkenal dengan pembinaan game Naruto telah memperkenalkan Naruto Shippuden Ultimate Ninja Storm 4. 

Permainan boleh dikatakan permainan video Naruto yang terbaik setakat ini dengan penceritaan kepada pengakhiran Naruto Shippuden yang kemudian dengan pengenalan Boruto kepada dunia Naruto. 

Permainan video ini juga memberi permainan yang penuh aksi dengan jutsu-jutsu hebat dan jugak mekanisme baru yang boleh digunakan oleh pemain. 

Apa yang lagi mengejutkan permainan ini mempunyai 106 karakter yang boleh dipilih untuk dimainkan.

3. Fist of the North Star: Lost Paradise

Berdasarkan manga Fist of the North Star, permainan video ini mengikuti Kenshiro di dalam dunia post-apocalyptic apabila Kenshiso cuba untuk menyelamatkan tunangnya Eden. 

Permainan ini menggunakan kombat beat’em up. 

Walaupun tidak semua adaptasi dari manga ada di dalam permainan ini tetapi Fist of the North Star berjaya mencuri minat peminat dan masih boleh dimainkan dengan penuh keseronokan.

4. Fate Extella Link

Walaupun lebih dikenali oleh siri anime Fate dan juga permainan video gacha Fate Grand Order, Fate Extella Link masih boleh dikatakan setanding. 

Saber Charlemagne menjadi fokus untuk Fate Extella kali ini. 

Tetapi kedatangan Astolfo, Lancelot, Saber Artorias dan beberapa lagi karakter ikonik di dalam dunia Fate juga akan muncul untuk berlawan dalam Fate Extella Link kali ini.  

Permainan seakan musou ini penuh dengan keseronokan dengan kombo-kombo yang ada untuk mengalahkan semua watak jahat di dalam Fate Extella Link.

5. Mobile Suit Gundam: Extreme Vs Maxiboost On

Pada asalnya dikeluarkan untuk pelantar arked pada tahun 2016, permainan video Gundam ini mendatangkan 185 Gundam untuk dipilih yang pasti akan membuat anda rambang mata.

Dengan permainan dan perlawanan jarak dekat dan jauh, semua pemain boleh membuat Gundam yang dibina sendiri untuk menjadikan Gundam anda lebih kuat. 

Anda boleh dapatkan Mobile Suit Gundam: Extreme Vs Maxiboost On di pelantar PS4.

6. Digimon Story: Cyber Sleuth Complete Edition

Digimon sentiasa menjadi alternatif terbaik selain daripada Pokemon. 

Digimon Story: Cyber Sleuth didatangkan dengan dua permainan video iaitu CyberSleuth dan CyberSleuth Hacker’s Memory. 

Permainan ini mempunyai  341 Digimon untuk dikumpul dengan skill yang berbeza, penceritaan dan juga lakonan suara di dalam permainan ini juga ditahap kualiti yang terbaik. 

Tidak lupa juga dengan bos yang boleh menjadi senang atau sangat susah.

Setakat ini sahaja permainan video anime terbaik setakat ini untuk dimainkan. Apa lagi permainan video  anime yang anda pernah main tapi tidak dinyatakan disini?

RELATED NEWS

+