8 pedang paling besar dalam permainan video

Hampir ratusan malah ribuan permainan video mempunyai pedang sebagai senjata pilihan. Tetapi tidak semua mempunyai pedang yang besar dan panjang.

Ada yang mempunyai rekaan yang tidak masuk asal dan sudah semestinya tidak realistik untuk manusia biasa.

Ada pedang-pedang ini begitu ikonik untuk satu karakter dan boleh dikatakan menjadi simbol untuk karakter itu.

Jom lihat 8 jenis pedang paling besar dalam permainan video:

1. Buster Sword (Final Fantasy VII)

Buster Sword sudah sinonim dengan Cloud Strife. Siapa yang bermain permainan video pasti pernah mendengar senjata ini.

Dengan rupa yang lebar dan besar begitu ikonik dalam dunia permainan video.

Buster Sword juga sudah menjadi antara benchmark untuk pedang-pedang besar dalam permainan video. Ia mempunyai ciri menarik iaitu panjang sebanyak 185cm.

2. Z-Saber (Zero dari Megaman X)

Megaman X- Zero- Z Saber | Mega man art, Mega man, Character design  inspiration

Z-Saber adalah pedang yang digunakan oleh Zero di dalam francais Megaman X. Zero terkenal dengan pedang yang seakan-akan lightsaber dari Star Wars dan berkemungkinan juga menjadi inspirasi kewujudan pedang ini.

Z-saber juga sepanjang 182cm.

3. Beastlord (Nier:Automata)

Weapons - NieR Automata Wiki Guide - IGN

Beastlord adalah antara pedang paling besar di dalam Nier Automata.

Dengan panjang dua meter, Beastlord nyata antara pedang paling besar di dalam permainan video.

Pedang ini juga boleh dikatakan kuat di dalam Nier Automata dan tiada yang lebih menyeronokkan untuk membelasah musuh-musuh robot di dalam Nier dengan pedang besar.

4. Devil Sword Dante (Devil May Cry 5)

Devil Sword Dante adalah pedang paling kuat Dante setakat ini. Dante mendapatkan pedang ini apabila menggunakan mod Devil Trigger.

Rupa Dante ketika ini menjadikannya setinggi 8 kaki dan pedang ini pula adalah sepanjang 7 kaki iaitu 2.1m.

Apa yang lebih menakjubkan Dante boleh menggunakan pedang ini tanpa sebarang masalah dan tidak memperlahankan pergerakannya.

5. Soul Edge (Soul Calibur)

Soul Edge adalah pedang yang dimiliki oleh Nightmare di dalam Soul Calibur.

Pedang ini sudah banyak membuat masalah untuk dunia dan menjadi pedang ikonik terutama untuk permainan video berlawan.

Soul Edge sepanjang 182cm sekaligus menjadi antara pedang paling besar di dalam permainan video.

6. Masamune (Final Fantasy)

Satu lagi pedang ikonik dari Final Fantasy iaitu Masamune yang dimiliki oleh Sephiroth.

Mungkin pedang ini tidak besar namun panjangnya menjadi antara pedang samurai dalam permainan video paling ikonik.

Ditambah pula dengan cara unik Sephiroth berlawan ketika menggunakan Masamune yang hampir 2m panjangnya.

7. Aramasa (Blazblue)

Aramasa adalah pedang yang digunakan oleh Ragna the Bloodedge dari siri Blazblue.

Ragna yang agresif juga ikonik dengan pedangnya yang bernama Aramasa yang menunjukkan kuasa Ragna yang penuh kekuatan dan bersifat agresif.

Aramasa juga lebar dan panjang sehingga 182cm.

8. Chaoseater (Darksiders)

Pedang Chaoseater ini dimiliki oleh War yang juga karakter daripada Darksiders.

Chaoseater bukan sahaja menakutkan Demons malah Angels juga takut akan pedang yang dimiliki oleh War ini.

Dengan panjang 228cm, Chaoseater antara pedang paling besar dalam sebuah permainan video.

Kombo-kombo yang digunakan War ketika berlawan juga menunjukkan Chaoseaeter bukan pedang yang boleh dipandang rendah.

RELATED NEWS

+