9 Jam Dalam Layers Of Fear 2, Korang Kena Tahan Rasa Takut Melampau

Sekuel kepada Layers of Fear yang dikeluarkan pada tahun 2016 ini dah pun mempunyai demo untuk ditonton.

Seperti dalam video di bawah, tak banyak info didedahkan selain karakter yang berjalan dari satu ruang ke satu ruang.

Bagaimanapun, satu perubahan boleh disaksikan ialah visual dan beberapa gameplay tambahan dalam sekuel ini. Kalau korang pernah main keluaran pertama, boleh perasan yang permainan video itu sangat cepat dihabiskan tapi untuk sekuel ini, dikatakan mengambil masa 9 hingga 10 jam.

Permainan dicipta Bloober Team dan Gun Media ini akan menggunakan plot yang baru berbanding pertama dan ia memfokuskan pengalaman menakutkan di sekeliling warna dan persekitaran yang korang lalui. 

Setakat ini, Layers of Fear 2 tak mempunyai sebarang tarikh pelancaran atau platform.

Sumber: Comicbook

RELATED NEWS

+