Acer Malaysia Lancar Predator Triton 500 – Laptop Gaming Portable Tapi Padu!

Ringan tapi padu – Predator Triton 500 akhirnya dilancarkan oleh Acer Predator!

Ia mempunyai gandingan terhebat boleh terdapat dalam gaming laptop iaitu NVIDIA Geforce RTX 20 yang boleh overclocked, berat yang hanya 2.1 kg dan ukur lebar pada 17.9mm (nipis!). Ditambah dengan paparan 300 nits HD penuh IPS, ia juga menyokong 144 Hz dan 3ms Overdrive response time.

Lebih menarik, Triton 500 ini mempunyai kipas Aeroblade 3D yang 35% lebih senyap dan menyokong aliran udara sebanyak 45% berbanding kipas biasa. Kalau korang risau pasal gaming everyday, boleh tarik nafas lega kerana ketahanan bateri boleh mencecah sehingga 8 jam dan ia juga boleh dimuatkan dalam backpack dan korang tak perlu merasa beban pun apabila membawa laptop ini.

Untuk papan kekunci, Acer membekalkan 3-zone RGB yang customisable dan beberapa butang untuk menukar pencahayaan RGB dan butang Turbo untuk prestasi dan pengalaman gaming di tahap tertinggi tanpa perlu susah-susah melalui sistem manual.

Bagi pengalaman gaming yang menarik, korang boleh sambungkan laptop ini ke HDMI 2.0, Mini DisplayPort ataupun USB Thunderbolt 3 port. Lebih menarik, ia menyokong sehingga empat paparan sekali gus!

Korang boleh mula dapatkan Predator Triton 500 di pengedar rasmi Acer dan online stores dengan tiga pilihan harga:

  • 8th Gen IntelⓇ Core i5, NVIDIAⓇ GeForceⓇ RTX 2060, 16 GB RAM (Dual Channel) dan 512 GB (256 GB X 2 RAID 0 config) PCIe NVMe SSD: berharga RM6,799
  • 8th Gen IntelⓇ Core i7, NVIDIAⓇ GeForceⓇ RTX 2060, 16 GB RAM (Dual Channel) dan 512 GB (256 GB X 2 RAID 0 config) PCIe NVMe SSD: berharga RM7,599
  • 8th Gen IntelⓇ Core i7, NVIDIAⓇ GeForceⓇ RTX 2070, 16 GB RAM (Dual Channel) dan 512 GB (256 GB X 2 RAID 0 config) PCIe NVMe SSD: berharga RM8,699

Bagi yang membeli laptop gaming ini dari sekarang sehingga 4 April, korang boleh menebus antara tiga pilihan permainan video iaitu Metro Exodus, Anthem ataupun Battlefield V.

RELATED NEWS

+