Acer Malaysia Lancar Predator Triton 900, Komputer Riba Gaming Dengan Harga RM15,999

Acer Malaysia hari ini menambahkan lagi koleksi gaming laptop mereka dengan melancarkan Predator Triton 900, komputer riba gaming pelbagai mod paparan (boleh jadi tablet!)

Bagi korang yang suka main game tapi taknak beli desktop dan suka travel ke sana ke sini, bolehlah usha produk baru ini! Jom usha Predator Triton 900 ini:

 

Predator Triton 900

 

Triton 900 mempunyai keupayaan yang versatil dengan empad mod dan menggunakan Intel Core i7 Generasi ke-9. Yang paling menarik, paparan bersaiz 17.3 inci itu boleh diterbalikkan, dipanjangkan atau diturunkan sekali gus memberikan mod gaming berbeza kepada pengguna.

Bagi kad grafik pula, ia menggunakan NVIDIA GeForce RTX 2080 digabungkan dengan 16GB RAM dan SSD 1TB PCle NVMe.

Mod paparannya adalah seperti berikut:

  • Mod Paparan untuk skrin yang boleh dikongsi dengan pengguna lain untuk paparan lebih besar.
  • Mod Ezel untuk main game dengan sokongan sentuhan pada skrin.
  • Mod Notebook untuk bermain game seperti biasa dan menggunakan peranti ini bagi tugasan harian.
  • Mod Stand, membolehkan Triton 900 menjadi seperti tablet dengan fungsi creator tools untuk lebih produktiviti.

Mod ini juga menjadikan Triton 900 menyokong pelbagai cara untuk bermain game daripada Dota 2 dan juga FIFA serta NBA2K19 yang tak memerlukan papan kekunci. Teknologi Aeroblade 3D generasi ke-4 pula membolehkan produk ini digunakan untuk gaming tanpa masalah haba yang akan mengganggu pemain.

16GB RAM ini boleh dinaikkan ke 32GB RAM dan ia mempunyai port I/O untuk disambung dengan tiga paparan luaran. Selain mempunyai papan kekunci mekanikal, ia juga dilengkapi TURBO key dan PredatorSense key disediakan untuk akses aplikasi utiliti dengan hanya satu klik bagi memantau atau overlock produk ini menerusi telefon pintar tanpa perlu pause atau hentikan permainan video sedang dimainkan. 

Ia dijual dengan harga RM15,999 dengan waranti dua tahun untuk kerosakan dan kecurian.

Lebih menarik, bermula hari ini hingga 30 Jun, Acer menawarkan harga promosi bagi Helios 300, Acer Nitro 5 & 7 (produk yang dinak taraf tahun ini) di kedai jenama Acer dan Superstor terpilih. Kalau korang datang ke Orange Concourse, Sunway Pyramid, bolehlah singgah roadshow untuk melihat sendiri produk-produk ni hingga 30 Jun.

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+