meletakkan jawatan, sama ada sebab kes-kes itu ataupun atas sebab peribadi."> meletakkan jawatan, sama ada sebab kes-kes itu ataupun atas sebab peribadi." /> meletakkan jawatan, sama ada sebab kes-kes itu ataupun atas sebab peribadi." />

Activision Blizzard kumpul dana AS$18 juta untuk elak ke mahkamah

Activision Blizzard berada dalam keadaan bagai cacing kepanasan pada masa ini atas tuduhan kes gangguan seksual dan diskriminasi. Ramai daripada jawatan atasan syarikat itu juga meletakkan jawatan, sama ada sebab kes-kes itu ataupun atas sebab peribadi.

Activision Blizzard tidak mahu menentang Suruhanjaya Equal Employment Opportunity (EEOC) di mahkamah, jadi mereka menyelesaikan tuntutan bahawa ia melanggar hak sivil pekerjanya.

Sebagai sebahagian dari perintah, Activision Blizzard bersetuju untuk membayar AS$18 juta sebagai pampasan untuk ‘penuntut yang layak.’ Syarikat itu juga akan mengambil langkah-langkah memastikannya mematuhi Civil Rights Act dan peraturan kerja sama lain. Namun, Activision Blizzard menafikan adanya perlanggaran undang-undang.

Dalam persetujuan yang diajukan oleh EEOC, suruhanjaya itu menjelaskan bahawa saman sivil itu timbul kerana menerima aduan dalam pelbagai bentuk gangguan dan diskriminasi. Inilah cara keputusan itu menerangkannya:

“Activision Blizzard dituduh terlibat dalam amalan pekerjaan yang melanggar undang-undang dengan membuat pekerja, individu, atau sekumpulan individu melakukan gangguan seksual, diskriminasi dan/atau kejadian yang berkaitan.’

Walaupun Activision Blizzard tidak mengaku salah dalam kes ini, EEOC tetap akan mengagihkan wang AS$18 juta itu kepada mangsa yang layak.

Bobby Kotick, CEO Activision Blizzard, mengatakan bahawa penglibatan EEOC sesuatu yang positif terhadap syarikat itu.

“Kami akan terus waspada dalam komitmen kami untuk menghilangkan gangguan dan diskriminasi di tempat kerja,” kata Kotick.

“Kami mengucapkan terima kasih kepada EEOC atas penglibatannya yang membina kerana kami berusaha memenuhi komitmen kami untuk membasmi tingkah laku yang tidak sesuai di tempat kerja,” tambahnya.

Walaupun Activision Blizzard berusaha untuk menyelesaikan masalah mereka dengan EEOC, Department of Fair Employment and Housing di California masih menyiasat Activision Blizzard untuk diskriminasi gaji, gangguan seksual, dan pelanggaran undang- undang pekerjaan lain.

Selain itu, Securities and Exchange Commission juga menyiasat sama ada Kotick dan eksekutif lain gagal mendedahkan aduan gangguan seksual kepada pelabur dan itulah sesuatu yang dipertimbangkan oleh kumpulan pelabur tertentu untuk menyaman Activision Blizzard.

RELATED NEWS

+