Age of Empires akan tiba di App Store dan Google Play Store

Age of Empires adalah salah satu permainan klasik yang memberikan pemain rasa seronok dan mencabar membina tamadun terkuat.

Kali ini, ia akan hadir ke peranti pintar iaitu di App Store dan Play Store.

Video ini sudah menerima tontonan lebih 500,000 di Youtube dan menerima tarikh pelancaran pada 19 Ogos ini. Permainan mudah alih ini dibangunkan oleh World’s Edge dengan kerjasama TiMi Studio Group.

Banyak pembaharuan dibuat kali ini untuk versi mudah alih antaranya adalah medan pertarungan dinamik, kebolehan meneroka dunia dan pelbagai hero epik boleh dipilih dari era berbeza.

Age of Empires Mobile sudah boleh pra-daftar dan anda akan menerima ganjaran pra-daftar bersama-sama pemain lain.

Layari laman web ini untuk maklumat lanjut.

RELATED NEWS

+