Akaun Instagram EVOS.SGMY tiba-tiba bertukar ke Avium Esports

Seperti yang sedia maklum, EVOS SG.MY sudah pun melepaskan barisan pemain PUBG Mobile dan MLBB mereka baru-baru ini. Selepas beberapa lama, akhirnya dua divisi itu dibubarkan.

Namun, hari ini akaun Instagram mereka bertukar dari EVOS SG.MY ke Avium Esports.

Dari pemerhatian penulis, Avium ini adalah projek dari bekas CEO EVOS, Ivan Yeo yang menghidap penyakit Kennedy Disease di mana dia akan kehilangan upaya untuk bercakap dan berjalan dengan baik.

Pada akhir 2021, Ivan meneroka Web3 space, satu ekosistem baru yang mana Avium adalah salah satu jenama dalam alam mesta itu.

Buat masa ini belum ada info lagi mengenai divisi e-sukan mana yang bakal dikembalikan. Kita sama-sama nantikan.

RELATED NEWS

+