Arif bukan lagi Pengurus Team Secret..

Pengurus Team Secret, Muhamad Arif mengesahkan dirinya bukan lagi pengurus pasukan PUBG Mobile itu.

Dalam satu hantaran dua hari lepas di Facebook peribadi miliknya, Arif berkongsi satu status yang agak panjang menceritakan pengalamannya di Team Secret.

Katanya, sepanjang tujuh bulan berkhidmat sebagai pengurus, dia merasa sedih untuk meninggalkan pemain-pemain ini.

“Sangat menyedihkan untuk saya pergi apabila kita baru saja sedang mengejar kejayaan tapi nasih dah menentukan.

“Buktikan kepada dunia yang kalian adalah yang terbaik dan jangan rasa menyesal untuk menjadikannya realiti,” tulisnya.

Terdahulu, Arif menggalas tugas itu selepas Partibhan (OnTheGo) mengumumkan dia tidak lagi menjadi pengurus sebaliknya duta Team Secret.

RELATED NEWS

+