Axis Redone sangat garang, WWCD di peta ketiga Erangel

Pasukan Axis Redone mendapat kelebihan di high ground dan Vokey terus melakukan flanking ke arah pasukan VXMF. Mereka menunggu dan akhirnya merusuh dan meratakan pasukan VXMF. Permainan yang cukup baik ditonjolkan oleh Vokey.

Pasukan Sem9 dan YSX harus bertahan dengan dua orang ahli. Mereka terus memberikan tekanan kepada pasukan Axis Redone. Ketiga-tiga pasukan hanya menunggu masa sehingga bulatan seterusnya, Kacangsusu berada di depan dan hanya menunggu pasukan YSX dan Sem9 untuk melakukan pergerakan.

Keadaan menjadi kucar-kacir selepas Vokey diratakan oleh Hahadep, Kacangsusu berjaya menembak Hahadep dan menjadi pemain terakhir yang melakukan clutch kill ke atas Put. Axis Redone berjaya mendapatkan WWCD dengan 17 mata bunuh.

RELATED NEWS

+