Battle Royale penuh magis Spellbreak akan ditutup selepas dua tahun

Boleh dikatakan PUBG: Battlegrounds dan Fornite yang mempopularkan battle royale moden.

Kejayaan ini membuatkan banyak syarikat permainan video cuba untuk menceburi genre ini.

Spellbreak dikeluarkan pada tahun 2020 sebagai permainan battle royale percuma dengan sedikit genre fantasi.

Walaupun unik dan penuh ulasan positif, permainan ini tidak berjaya dari segi kewangan.

Pembangun Spellbreak, Proletariat mengumumkan mereka bakal menamatkan operasi Spellbreak awal tahun hadapan.

Mereka membuat pengumuman ini di laman rasmi Spellbreak.

“Selepas empat tahun penuh kombinasi magik, kami membuat keputusan untuk menghentikan Spellbreak. Pelayan juga akan ditutup seawal 2023. Terima kasih diucapkan untuk jutaan pemain yang bersama kami di Hollow Lands sejak 2018; kembara ini sangat bermakna untuk kami,”

Tidak disangkal lagi keunikan Spellbreak ialah anda boleh menggabungkan dua jenis elemen untuk membuat interaksi antara dua kuasa itu.

Jika anda menggunakan Angin dan Ais, anda boleh membuat puting beliung dengan elemen ais.

Banyak lagi kombinasi lain anda boleh cuba.

Walaupun permainan ini penuh pujian, tetapi permainan ini tidak dapat mendapatkan jumlah pemain yang banyak untuk kekal lama. Masalah penggodam juga dikatakan berleluasa.

RELATED NEWS

+