Cross-play ialah sebuah terma yang bermaksud permainan antara platform. Contohnya membolehkan pemain PC dan konsol untuk bermain bersama-sama.
Pearl Abyss, pembangun Black Desert, telah mengumumkan bahawa fungsi cross-play antara PlayStation 4 (PS4) dan Xbox One akan diperkenalkan untuk Black Desert bermula pada 4 Mac 2020.
Fungsi ini akan membolehkan pemain PS4 dan Xbox One untuk bertemu dalam permainan itu dan main bersama-sama.
Sumber: Pearly Abyss
Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.