Black Shark 3 dilancarkan, berharga RM2,799

Hari ini, Black Shark Malaysia mengumumkan peranti rasmi gaming terbaru mereka iaitu Black Shark 3 bagi pasaran Malaysia. Ia mempunyai dua varian iaitu Black Shark 3 dan Black Shark 3 Pro dengan sokongan 5G.

Difahamkan, varian biasa ini sudah pun boleh dibeli namun Pro hanya akan dilancarkan pada Mei nanti.

Sesuai dengan gamers yang sekarang menggilai permainan mudah alih, ia dihadirkan dengan cip pemprosesan Snapdragon 865 berserta paparan 7.1 inci AMOLED 2K dengan resolusi 3,120 x 1,440 untuk Pro dan 6.67 inci HD Penuh AMOLED untuk Black Shark 3.

Lebih menarik, ia dilengkapkan dengan paparan kadar segar semula 90HZ, headphone jack dan Front Facing Symmetry Stereo Speakers.

Bagi BlackShark 3, pemain boleh mengharapkan spesifikasi yang mantap iaitu 8GB RAM digandingkan dengan 128GB ruang storan untuk memuat turun lebih banyak permainan mudah alih dengan bateri tahan lama 4,720mAh. Siapa kata hanya gempak pada prestasi gaming sahaja? Ia juga dilengkapi kamera utama 64 megapiksel, 15 MP (ultrawide) dan 5MP untuk Bokeh berserta 20 megapiksel untuk swafoto (selfie).

Blackshark 3 juga dikatakan akan mengurangkan tekanan pada mata ketika gaming dengan teknologi pemprosesan visual baru.

Menarik untuk peminat, 400 pembelian pertama akan mendapatkan diskaun, menjadikan harga model Black Shark 3 boleh didapatkan dengan hanya RM2,649 saja!

Selain itu, 150 pembeli pertama juga akan mendapatkan bundle hadiah bernilai RM800. Ia termasuklah Black Shark FunCooler Pro, satu tahun waranti untuk skrin retak, pad tetikus edisi terhad dan merchandise misteri Black Shark

Dapatkan aksesori dengan potongan harga dan bermacam lagi diskaun khas untuk hari ini sahaja di Shopee sekarang!

Ikuti kami di Facebook, Twitter dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+