Early Access. Saksikan video pelancaran Early Access Blade Assault di bawah:"> Early Access. Saksikan video pelancaran Early Access Blade Assault di bawah:" /> Early Access. Saksikan video pelancaran Early Access Blade Assault di bawah:" />

Blade Assault kini tiba di Steam – permainan side scrolling bertemakan cyberpunk

Blade Assault, sebuah permainan video roguelite platformer yang diterbitkan oleh NEOWIZ dan dibina oleh Team Suneat kini tiba di Steam dalam Early Access. Saksikan video pelancaran Early Access Blade Assault di bawah:

Versi terawal ini mendatangkan empat babak penceritaan penuh, empat bos besar, tiga jenis senjata dan lebih dari 50 jenis item dan naik tarafkuasa karakter untuk dijumpai di dalam Blade Assault.

Blade Assault Early Access -- Is it worth it? Or should you hold off?

Team Suneat akan memberi fokus kepada maklum balas dari pemain-pemain untuk menambah kandungan baru untuk masa akan datang.

Blade Assault menceritakan tentant peperangan Red Stone yang membahagikan dunia kepada tiga kawasan iaitu lapangan yang dipenuhi raksasa, Undercity tempat pelarian dari raksasa dan bandar atas awan Esperanza di mana ramai orang kaya dan pemerintah yang kuat di serata dunia.

Anda perlu berlawan dengan askar Esperanza yang tidak lagi beretika sebagai pihak penentang dari Undercity.

Blade Assault juga akan dilancarkan di pelantar PlayStation dan Nintendo Switch nanti.

RELATED NEWS

+