Bren Esports Karltzy ingin mencari peluang baru di pasukan lain

Bren Esports adalah salah satu pasukan yang kuat di dalam arena kompetitif Mobile Legends. Mereka berjaya menjadi juara dunia di Kejohanan Dunia M2 selepas menewaskan pasukan Burmese Ghouls.

Kekuatan mereka pada ketika itu adalah mempunyai jungler yang hebat seperti Karltzy. Kemahiran mekanikal yang dimiliki beliau menjadi kunci kemenangan Bren Esports di MPL PH musim keenam.

Walau bagaimanapun, prestasi Karl mula menurun saat tibanya MPL PH musim kelapan. Pasukan Bren Esports gagal untuk mendapatkan slot ke Kejohanan Dunia M3.

Terkini, Bren Esports mendedahkan bahawa Karltzy ingin mencari peluang yang terbuka di luar sana dan mereka harus melepaskan Karltzy untuk ke pasukan lain.

Mampukah Bren Esports mencari bakat baru yang akan menggantikan Karl? Kita bakal saksikan.

RELATED NEWS

+