Penggunaan Chip kejutkan penonton perlawanan Todak dan Bountee

Chip sememangnya satu hero yang sangat bagus mencipta kejutan dan memberikan strategi yang berbeza kepada sesebuah pasukan. Dalam perlawanan Todak lawan Bountee hari ini, Rafflesia menggunakan Chip dengan begitu baik sehingga mengejutkan pihak Bountee Esports.

Pada minit akhir permainan, Rafflesia menggunakan portal dari atas lane ke lane bawah sementara minion sedang push di lane bawah.

Kelihatan hanya XBOCT yang berani mempertahankan base, Chip terus maju dengan skill kedua dan Conceal dan menggunakan ulti ke arahnya. Sementara itu, ahli Todak dan Bountee semuanya sedang fokus di kawasan Lord.

 

Kemudiannya kesemua pemain Todak memasuki portal dan menamatkan permainan dengan bantuan minion yang berada dalam bulatan Crystal.

Taktik ini nyata menunjukkan kekuatan Chip sebagai roamer yang versatil di Land of Dawn.

Foto: MOONTON Games

RELATED NEWS

+