Bruno Mars dan Anderson .Paak akan hadir ke Fornite

Selebriti terkenal kini akan memasuki dunia battle royale Fornite.

Fornite yang terkenal dengan memasukkan banyak rujukan budaya pop ke dalam permainan video mereka dari Star Wars, Marvel dan lain-lain.

Sudah pasti banyak juga selebriti tidak terlepas dari Fornite seperti Lebron James, Ariana Grande, Marshmello, Neymar, Ninja dan ramai lagi juga.

Selepas Spiderman, Fornite bakal memperkenalkan Bruno Mars dan Anderson .Paak.

Baru-baru ini kedua-dua artis ini bekerjasama dalam lagu Silk Sonic. Anda kini boleh mendapatkan avatar duo ini di Fortnite bermula 10 Februari nanti.

Dari banyak karakter pelik-pelik seperti dinosaur dan pelbagai lagi.

Malah Dwayne Johnson sendiri tidak terlepas dari dimasukkan ke dalam battle pass Fornite.

RELATED NEWS

+