Call Of Duty: Black Ops 5 Mungkin Akan Dilancarkan Pada 2020

Laporan dari Kotaku mendedahkan, Call of Duty: Black Ops 5 akan menerima tarikh pelancarannya pada 2020, setahun awal daripada apa yang dijangka peminat selama ini.

Kalau korang belum tahu, francais Call of Duty sangat menepati jangka masa pelancaran tahunan sejak 2014 dan Activision selalu rotate tiga studio utama membangunkan francais ini – Sledgehammer, Treyarch dan Infinity Ward yang mengetuai projek 3 tahun.

Memandangkan Treyarch mengetuai projek COD: Black Ops 4 dan Infinity Ward dijangka umum judul baru buat Modern Warfare, Sledghammaer pula akan bekerjasama dengan studio Raven untuk membangunkan permainan berasaskan latar masa Perang Dingin untuk pelancaran 2020.

Tapi menurut Kotaku, ia dah ditukar kerana pertukaran leadership dalam Sledgehammer dan mereka tidak bersetuju berganding bersama Raven.

Sebaliknya, Activision akan memberi projek ini kepada Treyarch untuk pelancaran COD: Black Ops 5. Sledgehammer dan Raven pula akan berfungsi sebagai studio sokongan.

Kebimbangannya adalah Treyarch diberikan hanya dua tahun untuk membangunkan permainan seterusnya dan ini akan memberi kesan kepada produktiviti pekerja-pekerja di sana. 

Sementara Activision masih belum memberi pengumuman, mereka mungkin akan bercakap tentang francais COD ini di E3 2019 nanti.

Sumber: Kotaku

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+