Dead by Daylight capai 100 ribu pemain serentak di Steam

Dead by Daylight semakin popular semenjak setahun dua ini. Dead by Daylight (DbD) menunjukkan usaha yang begitu hebat untuk menarik lebih ramai pemain.

Dalam dua bulan ini sahaja Dead by Daylight telah mendapat peningkatan pemain sebanyak 65%. Peningkatan ini bukan disebabkan oleh lockdown di serata dunia tetapi disebabkan oleh merit DbD itu sendiri yang berjaya menarik pemain-pemain baru.

Save 40% on Dead by Daylight on Steam

100 ribu pemain ini tercapai dengan sambutan ulang tahun ke-5 setiap pemain yang log masuk akan mendapat 500k bloodpoints. Tidak lupa juga dengan kolaborasi terbaru DbD dengan Resident Evil yang menarik begitu ramai peminat DnD.  Tetapi sebelum ini DbD mempunyai 50k-70k pemain serentak.

Anda boleh melihat peningkatan ini di SteamCharts.

RELATED NEWS

+