Dead by Daylight Mobile – Berani ke tidak? Dah cuba?

Dead by Daylight Mobile baru sahaja keluar untuk beberapa bulan bermula 16 April lepas.

Kini Dead by Daylight boleh dimain untuk peranti mudah alih.

Menggunakan peraturan yang sama, Dead by Daylight ada banyak mekanik yang tidak ada di dalam versi PC dan konsol.

Permainan ini sangat sesuai untuk anda yang sukakan cabaran untuk lari dari pembunuh yang menakutkan.

Namun dengan limitasi untuk versi mudah alih, ini tidaklah mengejutkan tetapi Behaviour Interactive berjaya memindahkan permainan ini ke telefon pintar anda dengan jayanya.

https://squadstate.com/wp-content/uploads/2020/04/Screenshot_20200417-211928_Dead-by-Daylight-768x432.jpg

Lain dari versi lain, Survivor dan Killers ada yang percuma untuk semua orang.

Bagi Survivor tiga karakter pecuma iaitu Claudette, Meg dan Dwight manakala untuk Killer, Trapper dan Hillbilly adalah percuma.

Semua karakter lain boleh didapati dengan menggunakan Iridescent Shards or Auric Cells.

Official Dead by Daylight Mobile

Satu lagi perubahan yang berbeza adalah penggunaan Bloodpoints dan anda perlu naikkan level karakter anda untuk mendapat perks tambahan yang boleh membantu anda ketika berlawan.

Pergerakan survivor di dalam permainan ini sangat mudah untuk interaksi.

Behaviour Interactive sedar kebanyakan pemain mempunyai masalah untuk mendengar tapak kaki dan menggunakan fonkepala jadi, mereka menambah beberapa indikator visual untuk memudahkan pemain menyedari killer yang berdekatan.

dbdmobile survivor indicator

Terdapat juga fungsi larian auto untuk membantu tetapi anda tidak boleh melihat apa yang berlaku di belakang anda apabila menggunakan fungsi auto.

Official Dead by Daylight Mobile

Untuk Killers pula, mereka mempunyai mekanik baru untuk memberikan anda cara lebih mudah untuk mencari musuh.

Indikasi ini akan muncul apabila anda berada dekat atau sedang mengejar musuh.

Anda juga perlu lebih pandai menggunakan kamera untuk mengejar musuh kerana Survivor akan menggunakan semua taktik yang ada untuk lari dari anda.

Mod ranked juga ada dan anda boleh lihat perks untuk rakan pasukan anda yang lain.

Namun, jika anda sudah biasa dengan permainan video mudah alih, Dead by Daylight tidak akan menjadi sesuatu yang susah untuk anda.

Jangan lupa cuba Dead by Daylight di pelantar iOS dan Android.

RELATED NEWS

+