Disintegration akan dilancarkan pada 16 Jun 2020

Di acara Gamescom 2019, studio V1 Interactive telah mengumumkan permainan video baharu mereka iaitu Disintegration. Judul tersebut kini telah diberikan sebuah tarikh pelancaran.

Disintegration akan dilancarkan pada 16 Jun 2020 di PC, PlayStation 4, dan Xbox One. Ia hanya akan dilancarkan secara digital dan pada waktu ini, nampaknya Private Division (penerbit) tidak merancang untuk menjualkannya secara fizikal.

V1 Interactive diasaskan oleh Marcus Lehto, seorang bekas pekerja studio Bungie dan beliau juga pernah memainkan peranan yang sangat penting dalam mencipta dunia permainan video Halo.

Disintegration mempunyai cara permainan yang agak menarik. Ia nampaknya mempunyai ciri-ciri permainan first-person shooter seperti Halo dan Destiny tetapi anda juga mengawal sekumpulan robot yang mempunyai kebolehan istimewa masing-masing.

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+