DOTA 2: Dua Pemain Indonesia, Jhocam Dan inYourdreaM Sertai T1

Sebelum ini, dunia Dota 2 digemparkan apabila syarikat telekomunikasi, SK Telecom T1 mula mengambil pemain Korea, Lee “Forev” Sang-don sebagai pemain utama mereka.

T1 terkenal dengan pasukan League of Legends mereka yang kerap kali memenangi kejohanan dunia Worlds beberapa tahun lalu.

Tapi sejak itu, prestasi mereka di Asia Tenggara tidaklah begitu baik.

Berbeza dengan organisasi e-sukan lain, T1 tidak mempunyai butiran lanjut kalau ada pertukaran roster atau apa-apa dan peminat hanya boleh tahu melalui pendaftaran pemain untuk Minor dan Major Valve.

Kali ini, info dari Wikipedia dan beberapa laman web Indonesia seperti RevivalTV melaporkan dua pemain negara itu, Tri “Jhocam” Kuncoro dan Muhammad “inYourdreaM” Rizky” kini menyertai T1 bersama Dominik “Black^” Reitmeier dan juga Yixaun “xuan” Guo.

Black^ adalah satu-satunya pemain veteran dan terpaksa melepaskan banyak pusingan kelayakan kerana kecederaan pada tangan. Tapi dia juga sudah mengikuti bootcamp pada 18 Januari bermakna mereka sudah berlatih bersama lebih dari dua minggu.

Walaupun T1 melepaskan MP, pieliedie dan Febby yang lagi berpengalaman dari pemain baru ini, mereka akan cuba buat yang terbaik untuk berdepan Cloud9 dan LGD.International bagi kelayakan terbuka ESL One Los Angeles Major pada 9 Februari.

(Foto: Esports ID / Sumber: DotEsports)

TAGS

RELATED NEWS

+