DOTA 2: Fnatic Dan TNC Adalah Pasukan Pertama Tersingkir Dari The International 2018

Pusingan pertama lower bracket di The International 2018 kali ini nampaknya sangat sengit sekali!

Dua pasukan hebat dari Asia Tenggara, Fnatic dan TNC bersaing untuk mendapatkan slot mereka di peringkat seterusnya.

Team Serenity vs Fnatic

Serenity digelar sebagai Wings Gaming untuk TI8 kerana gaya permainan mereka yang dianggap unik dan mereka juga adalah pasukan underdog.

Dalam perlawanan ke atas Fnatic, Abed memilih Visage yang tak banyak digunakan di Vancouver ini. DJ pula menggunakan Phoenix tapi ini dah merisaukan kerana support ini tak mempunyai stun atau lockdown yang cukup kuat.

Serenity pula memilih support Tiny yang dimainkan sangat baik oleh Pyw. XinQ. Sepanjang permainan, Serenity mendominasi Fnatic. DJ berjaya untuk melakukan beberapa Supernova.

Dalam kebanyakan gank, Serenity memfokuskan pada telur Phoenix untuk tewaskannya. Satu masa yang Fnatic macam buat comeback ialah ketika pertarungan Roshan yang mana Mirana dari Universe berjaya melakukan arrow yang sempurna untuk menumpaskan Serenity satu per satu.

Tapi mereka membeli balik kesemua hero dan berjaya untuk mendapatkan Rosh. Pada late gamelineup Serenity lebih baik dan akhirnya membuatkan Fnatic tak berjaya mempertahankan kubu walaupun dengan buybacks.

Mineski vs TNC Pro

Dua skuad hebat di Asia Tenggara ini menunjukkan taring masing-masing di pusingan kalah mati ini tapi nampaknya Mineski berjaya comeback dan membalas balik skor 8-28 yang membuatkan mereka asyik on the backline!.

Pada awalnya, TNC dahagakan kills dan menggunakan Tiny sebagai hero yang initiate dan do all the damage. Tapi di sini TNC tak berapa berjaya mendapatkan kill ke atas dua core Mineski iaitu Spectre dari Mushi dan Shadow Fiend dari Moon.

Spectre pula bebas untuk farm dan hanya participate dengan ulti.

Yang menariknya, TNC jauh ke depan dengan 15K gold lead tapi pada satu ketika yang mana SF mempunyai double damage rune, menukar medan pertarungan sepenuhnya. Core TNC berjaya ditewaskan secepatnya yang mana Clinkz dan Pugna (kena hex) dijatuhkan dulu dan Tiny (Armel) yang lama bertahan dan menyorok di dalam pokok untuk melarikan diri tapi ditemui juga.

Selepas satu fight yang sangat epik itu, Mineski terus berjaya pick up core TNC pada late game dengan bantuan Spectre punya ulti dan SF yang hanya di situ untuk lakukan free hit saja ke atas Clinkz. 

Fnatic dan TNC seterusnya mendapat tempat kelima belas dan keenam belas sementara Team Serenity dan Mineski masih lagi dalam kejohanan untuk mara ke peringkat seterusnya, esok.

Kejohanan dunia Dota 2, The International 2018 kini dianggap sebagai kejohanan e-sukan yang mempunyai prize pool terbesar dalam sejarah dengan mengumpulkan sebanyak lebih USD24, 787, 916 mengalahkan rekod tahun lepas.

The International 2018 kali ini diadakan di Vancouver, Kanada dan membariskan 18 pasukan terbaik dalam arena Dota 2 di seluruh negara.

Sebanyak 25% dari keseluruhan prize pool adalah hasil sumbangan dari pengguna yang dipanggil sistem crowdfunding. Pengguna yang membeli Battle Pass berpeluang menyalurkan peratusan itu untuk dana bagi prize pool.

Sumber: VPEsports

RELATED NEWS

+