Team Spirit juara TI 2023 julang Aegis buat kali kedua!

Antara pasukan Dota 2 paling dominan, Team Spirit kini berjelar juara untuk The International 2023.

Team Spirit menghancurkan Gaimin Gladiator dengan kemenangan 3-0 sekaligus menjadi pasukan kedua berjaya mendapatkan gelaran juara TI dua kali selepas OG.

Team Spirit menunjukkan kehebatan mereka dengan kemenangan rekod 19-2 dengan 90.5% kemenangan untuk TI12.

Peratusan ini lebih tinggi dari TI3 Alliance dengan 88.5% dan TI NAVI 90%.

Yatoro kekal menjadi antara pemain paling digeruni di TI.

Faceless Void yang digunakannya mendominasi sehingga Rampage.

Team Spirit juga membawa pulang AS$1,414,763 (RM6.6 juta).

Kekalahan Gaimin pula masih membawa sumpahan “TI curse” kerana tiada pasukan yang pernah memenangi DPC Major dan terus menang TI selepas itu.

Tahniah buat Team Spirit!

RELATED NEWS

+