DOTA2: [RASMI] W33 Kini Bersama Team Liquid, Ganti Matumbaman

Selepas seribu tanda tanya menyelebungi komuniti Dota 2 yang menantikan siapa akan ganti posisi Lasse “Urpalainen” Matumbaman bagi Team Liquid, akhirnya persoalan itu terjawab! Aliwi ‘W33’ Omar kini menggantikan slot itu dan akan bermain bersama skuad Eropah ini di Epicenter Major nanti.

Berita gembira itu diumumkan di laman Twitter rasmi Team Liquid:

Walaupun tidak memenangi mana-mana The International, W33 cukup gah bersama Digital Chaos dan kesempatan ini akan digunakan sebaiknya untuk memburu Aegis of Champions yang kesembilan.

Pastinya seronok melihat bagaimana Team Liquid akan bermain di Epicenter, memandangkan kejohanan itu sangat penting bagi skuad Eropah ini (mereka menjuarainya beberapa kali dan pernah menjadi juara bertahan). W33 adalah pemain dengan hero pool cukup besar dan kedatangannya amat dialu-alukan untuk skuad ini.

Goodluck Team Liquid!

RELATED NEWS

+