Bagaimana Taiga match fixing bersama sekumpulan orang Rusia dibongkar

Tommy “Taiga” Lee sudah tujuh tahun berkecimpung dalam karier profesional Dota 2.

Pemain Norway OG dari Vietnam ini membawa reputasi yang baik untuk keluarga dan juga dirinya sendiri.

Tetapi dalam beberapa bulan ini dia terjebak dalam kancah perjudian sehingga menyebabkan pasukannya kalah.

Pada masa itu semuanya hanya omongan dan tuduhan kosong sahaja tetapi semuanya berubah apabila bekas pemain profesional Limitless mengatakan Taiga sengaja memberi musuh first blood mudah setiap permainan. Pemain ArsZeeqq juga membuat pengesahan ini.

Beberapa bulan kemudian Taiga mengeluarkan kenyataan dia mengalami masalah ketagihan berjudi.

Satu video dari Youtuber Rusia iaitu Morf mengeluarkan beberapa bukti bagaimana Taiga 322 melakukan match fixing.

Pada mulanya Taiga berjudi untuk pelbagai jenis perjudian dari bola sepak sehingga kasino.

Akibat terlalu banyak kalah dan kehilangan wang, Sensibility salah seorang ahli 322 Mafia yang mahukan Taiga memberikan informasi mengenai permainan OG kepadanya.

Sensibility meminta Taiga untuk menjadi korban first blood tetapi dia tidak perlu untuk kalah dalam permainan itu.

The profits received from Taiga's 322 match fixing (Via <a href="https://www.youtube.com/watch?v=Dsz18sPawss">Morf</a>)

Hasil kerjasama Sensibility dan Taiga membuahkan hasil dengan sistem First Blood ini untuk meraih keuntungan.

Semua bermula apabila Taiga menarik diri dari berjudi untuk memastikan OG layak ke Riyadh Masters.

Di Riyadh Masters, 322 Mafia masih tidak mahu membiarkan Taiga dan terus memeras ugut dirinya.

A screenshot of Sensibility finally turning to blackmail (Via <a href="https://www.youtube.com/watch?v=Dsz18sPawss">Morf</a>)

Hal ini menjadi sangat teruk kerana match fixing sehingga Taiga tidak dibenarkan bermain kerana match fixing ketika Berlin Major.

Ketika Major berlangsung, Taiga dikatakan tidak bermain kerana isu masalah kesihatan mental tetapi sebenarnya disiasat oleh OG.

Dia kemudiannya melarikan diri dari Sensibility dan akhirnya Sensibility memberikan kesemua bukti dan kenyataan kepada Morf untuk hasil video di atas.

Pemain profesional Dota 2 yang lain juga ada mengeluarkan kenyataan mereka mengenai perkara ini.

“Sedih melihat pemain seperti Taiga yang jatuh begitu teruk sekali. Dia pernah menjadi pemain nombor 1 Eropah dan pemain paling berbakat.”

Taiga walaupun antara pemain support terbaik diluar sana tapi ramai pemain dan individu hilang rasa hormat terhadapnya disebabkan kes ini.

RELATED NEWS

+