DOTA2: The International 9 Catat Rekod Baru USD$7 Juta, Terpantas Kumpul Prizepool Dalam Masa 24 Jam

The International 9, kejohanan dunia Dota 2 makin hampir dan penjualan Battle Pass sebanyak 25% yang disumbangkan kepada prize pool nyata mencetuskan magisnya tersendiri apabila mencatatkan lebih USD$7 juta (RM29 juta) hanya dalam masa 24 jam.

Mengikut gambar di atas, ia mendahului rekod sebelum ini dipegang The International 8 sebanyak USD$1.75 juta. Kejohanan dunia ini akan diadakan di Shanghai, China pada 15 Ogos hingga 25 Ogos ini dan mengumpulkan 18 pasukan yang mana 12 daripadanya adalah yang terbaik dari Dota Pro Circuit dan 6 daripadanya berlawan menerusi kelayakan mengikut benua.

Untuk info lanjut mengenai Battle Pass dan kandungan di dalamnya, korang boleh rujuk SINI.

RELATED NEWS

+