E3 2023 tahun ini dibatalkan sebab kurang sambutan

Perancangan kembali Electric Entertainment Expo (E3) tahun 2023 dibatalkan begitu sahaja.

Menurut The Entertainment Software Association (ESA), mereka terpaksa membatalkan acara ini disebabkan tiada sambutan.

E3 pernah menjadi antara acara permainan video yang selalunya dinanti-nantikan oleh ramai orang mula merudum ketika pandemik melanda tiga tahun lepas.

Malah beberapa pengeluar besar permainan video juga menarik diri dari acara itu seperti Sony, Microsoft, dan Nintendo yang membuat pengumuman ini pada Januari lepas.

Ubisoft yang pada awalnya mahu sertai E3 juga menarik diri awal minggu ini.

Acara ini dikatakan akan diadakan pada 13 sehingga 16 Jun tahun ini.

Menurut IGN, ESA mengatakan hal ini adalah satu keputusan yang sukar untuk dibuat dan mereka mahu membuat yang terbaik untuk industri dan apa yang betul untuk E3.

RELATED NEWS

+