EA mahu menggunakan bot untuk penuhkan 128 pemain dalam Battlefield 2042

Battlefield 2042 akan datang musim luruh ini yang mana mod “All-Out Warfare” akan mempunyai 128 pemain sekaligus dari PS5, Xbox Series X dan PC melalui fungsi rentas platform.

EA menjangkakan bahawa mod itu tidak akan selalu mempunyai 128 pemain pada setiap masa.

Jadi EA akan menambah bots untuk memastikan populasi pemain bagi mod itu cukup.

Pemain sebenar masih menjadi keutamaan untuk mod ini. Jadi askar-askar AI tidak akan dijumpai apabila pemain sentiasa cukup. Mod ini akan membenarkan sehingga 64 askar AI untuk memenuhi semua server, platform, dan juga jumlah pemain sebenar yang memasuki mod “All-Out Warfare”.

Dari sudut EA, cara ini merupakan cara bernas untuk memastikan pemain tidak menunggu dengan lama untuk memasuki mod ini.

Tetapi kita masih tidak tahu bahawa AI yang dimasukkan dalam mod ini adalah membantu atau tidak. Malah bots yang berada di dalam PUBG hanya menjadi bahan ketawa dari pemain PUBG.

EA bakal memberi maklumat baru mengenai hal ini. Adakah Battlefield 2042 adalah permainan battle royale seterusnya selepas PUBG dan Fornite?

Sumber rujukan: TheVerge

RELATED NEWS

+