Ezzy Esports buktikan kehebatan dengan kemenangan di SPRM PUBGM i-Challenge

Pasukan dari Pulau Pinang Ezzy Esports telah muncul sebagai juara di kejohanan SPRM PUBGM i-Challenge. Pusingan akhir kejohanan tersebut berlangsung selama tiga hari bermula dari 3 September hingga 5 September.

Hasil daripada kemenangan ini, Ezzy Esports membawa pulang hadiah utama bernilai RM2,500. Mereka menewaskan pasukan dari Kedah iaitu ESDK Reviens yang membawa pulang RM1,500 sebagai naib juara.

Tempat ketiga pula dimenangi oleh pasukan Grims Reaperz yang melayakkan diri selepas menjadi juara peringkat negeri Selangor SPRM PUBGM i-Challenge. Mereka membawa pulang RM500.

SPRM mengadakan kejohanan ini dengan kerjasama Persekutuan Sukan Elektronik Malaysia (MESF). Antara keunikan kejohanan ini ialah ia juga digunakan sebagai platform untuk memberi pendidikan antirasuah dan berkongsi tentang fungsi SPRM.

Untuk pengetahuan pembaca, Ezzy Esports yang menjadi juara kejohanan ini adalah pasukan PUBGM kedua yang ditubuhkan oleh Ezzy Esports. Satu lagi pasukan PUBG mereka ialah Ezzy LX dan mereka sedang bertanding di PMPL MY/SG Musim 2.

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+