Fall Guys memperkenalkan skin panda merah sempena Hari Kekasih

Fall Guys: Ultimate Knockout merupakan salah satu permainan video yang selalu mengeluarkan skin bermusim yang menarik. Sempena sambutan Hari Kekasih tahun ini, mereka mengeluarkan skin panda merah yang sangat comel.

Skin ini boleh dibeli dengan 2,000 Kudos (1,000 Kudos untuk bahagian atas dan 1,000 Kudos untuk bahagian bawah). Harga yang rendah ini memastikan setiap pemain berpeluang memperoleh skin ini.

Ia akan dijual hingga 16 Februari ini. Pastikan anda tidak terlepas peluang untuk mendapatkannya.

RELATED NEWS

+