Fanny terlalu menjengkelkan? Guna 5 hero counter ini

Fanny adalah salah satu hero mampu menumbangkan hero lain yang mempunyai nyawa sedikit seperti marksman dan juga mage. Kekuatan Steel Cable dan juga Tornado Strike yang menjadikan Fanny hero yang ditakuti di dalam permainan.

Namun begitu, setiap hero yang ada di Land of Dawn mampu untuk dikalahkan dan anda juga boleh melakukan perkara ini ke atas hero yang kuat seperti Fanny.

Fanny mempunyai kelebihan mobiliti dari Steel Cable yang membolehkan dirinya bergerak dari satu tempat ke satu yang tempat yang lain dengan pantas. Bagi menghentikan pergerakan Fanny, anda harus menggunakan hero yang mempunyai disable.

PAQUITO

Hero ini adalah hero yang sangat sesuai untuk counter Fanny dengan penggunaan Knockout Strike yang melambungkan pihak musuh ke udara.

Jika anda terlihat Fanny menggunakan Steel Cable, anda boleh menghentikan pergerakannya dengan Knockout Strike sebanyak dua kali dan menunggu pasukan anda untuk melakukan serangan yang seterusnya bagi melenyapkan Fanny. 

Namun begitu, pastikan Knockout Strike itu disasarkan dengan betul kerana ia sukar untuk mengenai Fanny yang bijak menggunakan Steel Cable.

SILVANNA

Jika Paquito boleh menumbuk Fanny ke udara, Silvanna pula mampu menyekat pergerakan Fanny dari menggunakan Steel Cable.

Imperial Justice adalah ultimate Silvanna yang mengunci pergerakan mana-mana hero yang berada di area ultimate itu selama 3.5 saat. Oleh itu, ia adalah salah satu skill yang sangat sesuai untuk counter Fanny.

AKAI

Hero tank seperti Akai juga mampu untuk counter Fanny dengan berkesan. Penggunaan Heavy Spin yang memaksa mana-mana hero ke belakang dan stun jika mengenai dinding.

Ini menjadikan pergerakan Fanny terhenti seketika dan di dalam tempoh itu, pasukan anda boleh mengeluarkan damage yang besar ke atas Fanny sebelum dia mampu untuk melarikan diri menggunakan Steel Cable.

FRANCO 

Seperti hero lain, Franco mempunyai kuasa surpression yang mampu menghalang musuh dari melakukan apa pun. 

Ultimate Franco boleh menghentikan pergerakan Fanny sementara rakan anda bantu mengenakan damage terhadapnya.

KHUFRA

Khufra boleh menghalang Fanny dari ‘terbang’ dengan bebas.

Gunakan Bouncing Ball untuk menghalang pergerakannya dan Tyrant’s Rage untuk pegun Fanny ke dinding berdekatan.

Adakah anda sudah menggunakan lima hero di atas untuk counter Fanny? Jika belum, pastikan anda mencubanya di dalam permainan sekarang.

RELATED NEWS

+