FFCS Asia Series: Geek Fam satu-satunya pasukan Malaysia yang bertanding di Grand Finals

Pusingan Play-ins kejohanan Free Fire Continental Series Asia Series telah berakhir semalam dan lima pasukan terbaik kini menyertai tujuh pasukan lain di pusingan Grand Finals. 12 pasukan tersebut akan bertanding pada 29 November ini pada jam 3 petang.

Malangnya, dua pasukan Malaysia yang layak ke Play-ins iaitu Baby Argon dan AutoKnockout tidak dapat melayakkan diri ke Grand Finals. Mereka masing-masing mencapai tempat ke-7 dan ke-9 di pusingan Play-ins. Walaubagaimanapun, kedua-dua pasukan menunjukkan permainan yang bagus dan penulis berharap mereka terus berusaha menjadi pasukan-pasukan Free Fire yang hebat.

Malaysia masih mempunyai satu wakil di Grand Finals iaitu Geek Fam. Pasukan tersebut melayakkan diri secara terus ke Grand Finals selepas menjuarai Free Fire Tri-Nation Cup (sebagai pasukan noXscape). 

Berikut adalah senarai semua pasukan yang akan beraksi di FFCS Asia Series Grand Finals:

7 pasukan yang layak secara terus

  • Geek Fam (Malaysia)
  • TEAM KNIGHTS (Taiwan)
  • Total Gaming Esports (India)
  • EVOS Esports (Indonesia)
  • EV THAILAND (Thailand)
  • House of Blood (Pakistan)
  • Heavy (Vietnam)

5 pasukan terbaik dari Play-ins

  • King of Gamers Club
  • EXP Esports
  • Burst The Sky
  • RRQ Hades
  • V Gaming

Juara FFCS Asia Series Grand Finals akan memenangi bahagian terbesar hadiah terkumpul yang berjumlah AS$300,000 (RM1.2 juta). Pastikan anda tidak terlepas menonton siaran langsung kejohanan ini di Facebook dan YouTube pada 29 November ini.

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+