Filem Detective Pikachu Diumumkan, Akan Tiba Di Pawagam Pada 10 Mei 2019

Filem pertama menampilkan Pikachu sebagai watak penting! 

Detective Pikachu diumumkan hari ini menampilkan karakter Pikachu yang boleh bercakap digandingkan dengan seorang budak lelaki. Ia akan dilancarkan pada 10 Mei 2019.

Filem ini membintangi Ryan Reynolds (sebagai suara Pikachu), Justice Smith, Kathryn Newton, Ken Watanabe, Khary Payton, Bill Nighy, Suki Waterhouse, Chris Geere, Rita Ora dan Omar Chaparro. 

Mengikut sinopsisnya, plot filem ini berkenaan detektif yang secara misterinya hilang tiba-tiba dan memerlukan anaknya Tim berusia 21 tahun untuk mencarinya. Semestinya sidekick dan partner bapanya, Detective Pikachu hadir memberi pertolongan.

Mereka mencari klu di Ryme City, sebuah kota metropolitan di mana manusia dan Pokemon hidup bersama dalam dunia hyper-realistic — sambil mereka menemui beberapa karakter Pokemon lain dan mencari misteri yang akan menghancurkan kehidupan yang damai antara manusia dan dunia Pokemon.

Filem ini diarahkan oleh Rob Letter dan ditulis oleh Nicole Perlman. 

RELATED NEWS

+