Filem Live Action Mulan Dibintangi Liu Yifei Akan Ditayangkan Pada 27 Mac 2020

Ramai tertunggu-tunggu bila Mulan akan dapat filem live-action sendiri kan?

Harini, Disney dah tamatkan teka teki dengan mengeluarkan video filem Mulan yang menunjukkan bagaimana kembara watak itu ketika dinasti Han di China.

Ia diarah oleh Niki Caro dan menampilkan Yifei Lu sebagai karakter utama. Yifei akan memainkan watak Mulan, anak kepada Hua Zhou (dibintangi oleh Tzi Ma), veteran perang. Apabila dipanggil untuk bertugas di unit ketenteraan sekali lagi bagi melawan jajahan Hun, Mulan menyamar sebagai lelaki mengambil tempat bapanya.

Filem ini juga membintangi IP Man, Donnie Yen sebagai Commander Tung, Yoson An sebagai Cheng Honghui, Gong Li (watak bukan dalam animasi) dan Jet Li sebagai Emperor. Trailer ini tak menunjukkan binatang peliharaan naga milik Mulan.

Kali terakhir animasi Mulan ditayangkan ialah pada 1998 dan digelar sebagai Disney’s classic seperti Jungle Book, Beauty and the Beast, Dumbo dan Aladdin yang sudah menerima adaptasi ke filem.

Lion King pula akan ditayangkan dalam masa terdekat dan The Little Mermaid dalam proses perfileman.

Mulan akan ditayangkan di pawagam pada 27 Mac, 2020.

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

TAGS

RELATED NEWS

+