Filem Uncharted Adalah Original, Tak Akan Tiru Jalan Cerita Daripada Game Itu Sendiri

Mengikut rekod, permainan video yang diadaptasi ke filem memang agak mengecewakan.

Mungkin ada yang bagus, contohnya macam Tomb Raider live-action baru-baru ini tapi yang lainnya tak cukup menyengat untuk kita kembali menontonnya di pawagam buat kali kedua. 

Untuk adaptasi permainan video ke layar perak bukanlah kerja mudah jadi bagi filem baru Uncharted yang dibintangi Tom Holland ini, ia akan memfokuskan kehidupan Nathan Drake sebelum mana-mana kejadian dalam permainan video.

“Saya dah melihat banyak versi untuk kisah ini dan tak berminat untuk adaptasi secara terus dari game. Jadi apa kami ingin buat ialah jalan cerita baru yang belum pernah ditonton siapa-siapa,” kata Dan Trachtenberg, pengarah Uncharted.

Ia seperti filem 10 Cloverfield Lane yang berada dalam dunia Cloverfield tapi tidak direct mempunyai kaitan dengan filem asal.

Pastinya menarik untuk saksikan Nathan Drake beraksi yang sebelum ini tak pernah ditunjukkan dalam permainan video. Nathan Drake sendiri adalah karakter digemari ramai dan lakonan Tom Holland juga sesuai kerana ia menceritakan kehidupannya semasa masih muda.

Filem Uncharted akan dilancarkan pada 18 Disember tahun depan dan buat masa sekarang, hanya Tom Holland calon yang ada untuk membintangi filem itu.

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

Sumber: Comicbook

RELATED NEWS

+