Final Fantasy 7 Remake Bakal Dilancarkan Pada Mac 2020

Setelah lama dibangunkan, Final Fantasy 7 Remake akhirnya sudah ada tarikh pelancaran.

Perkara ini diumumkan oleh pengarah, Tetsuya Nomura ketika berada di konsert orkestra Final Fantasy di Los Angeles. Nomura menjelaskan terdapat lagi info baru tentang game ini semasa persidangan Square Enix pada Selasa, pukul 9 pagi.

Saksikan trailer terbaru Final Fantasy 7 Remake pendek dan padat dengan karakter dan lokasi kita pernah lihat sebelum ini serta menunjukkan cara pertempuran mengikut Final Fantasy XV.

Final Fantasy 7 Remake diumumkan suatu ketika dahulu semasa E3 2015 dan sunyi sepi beberapa tahun lepas. Square Enix juga berkata game ini bakal dilancarkan secara episodik tetapi bukan mengikut format episodik seperti dilakukan oleh Telltale. Harap-harap persidangan Square Enix di E3 2019 akan datang bakal menjelaskan format ini.

Final Fantasy 7 Remake bakal dilancarkan secara rasmi pada 3 March 2020 di PS4.

Gambar: Polygon

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+