Final Fantasy 7 Remake Kekal Dalam Format Episodik, Kata Square Enix

Pelancaran Final Fantasy VII Remake masih lagi mengikut format episod menurut Square Enix.

Ketika Final Fantasy VII Remake diumumkan pada 2015, pengarah game, Tetsuya Nomura berkata Final Fantasy VII Remake akan dipecahkan dan dilancarkan secara berepisodik berbanding keluaran game penuh.

Perkara ini disahkan dalam satu kenyataan akhbar dalam bahasa Jepun (diterjemahkan oleh pengguna Twitter, hansuramu) yang menjelaskan kandungan Final Fantasy 7 Remake dipecahkan kepada beberapa bahagian semasa dalam fasa pembangunan penuh versi remake.

Menurut RPGsite (daripada VG24/7), format episodik ini bukan mengikut gaya Telltale atau Life is Strange. Malah, ia bermaksud sesetengah kandungan game akan dikembangkan dan dipecahkan dalam beberapa bahagian seperti Final Fantasy 13.

Walaubagaimanapun, Square Enix masih lagi tidak menjelaskan bahagian apa yang bakal dipecahkan dan dilancarkan dalam bentuk berepisodik.

Final Fantasy 7 Remake masih lagi tiada tarikh pelancaran rasmi dan lebih banyak info mengenai Final Fantasy 7 Remake akan menyusul pada persidangan E3 bulan Jun ini.

RELATED NEWS

+