Gekko ejen baru VALORANT – Kuasa berdasarkan haiwan peliharaan yang comel

Riot Games kini mengumumkan Agent ke-22 bernama Gekko dengan posisi Initiator.

Gekko berasal dari Los Angeles yang mempunyai haiwan pelihraan sendiri dimana setiap satunya mempunyai kuasa tersendiri.

Terdapat satu haiwan peliharaan yang boleh tanam dan buang Spike.

Kebolehan Gekko dikatakan mempunyai hubungan dengan setiap haiwan peliharaannya.

Dizzy (E)

Kebolehan pertama Gekko adalah Dizzy satu haiwan seakan-akan kura-kura.

Dizzy adalah satu haiwan yang boleh digunakan sama seperti bom kilat yang akan membuat musuh blind dengan lendir biru.

Wingman (Q)

Kebolehan Q Gekko adalah Wingman satu haiwan gabungan burung hantu dan penguin comel.

Valorant Episode 6 Act II: New Agent Gekko All Abilities Explained - IGN

Wingman boleh bergerak ke sesuatu tempat dan mengganggu musuh mengikut arahan Gekko.

Paling menarik Wingman juga boleh membantu anda untuk plant Spike dan juga buang Spike.

Mosh Pit (C)

Mosh Pit adalah haiwan jeli  berwarna hijau.

Mosh boleh dibaling seperti bom yang akan merebak di atas tanah kemudian meletup.

Trash (X) Ultimate

Trash adalah satu ikan berperisai yang boleh berguling kearah yang dikawal dan meletup dalam satu radius yang kecil.

Gekko akan dilancarkan dalam Valorant Episod 6 Act II pada esok.

RELATED NEWS

+