Pemain-pemain profesional League of Legends mogok – Riot tunda LCS

Ramai pemain-pemain profesional League of Legends di Amerika Utara kini mengadakan mogok sehingga menyebabkan Riot Games terpaksa menunda League Championship Series Musim Panas (LCS Summer Season).

Pemain-pemain yang ada bersetuju beramai-ramai untuk tidak bermain dalam LCS kerana keputusan Riot Games untuk membuang kelayakan organisasi LCS untuk menjaga pasukan North American Challenges Leaguue (NACL).

Hal ini akan membuat lebih dari 70 orang termasuk pemain, jurulatih dan pengurus kehilangan kerja mereka.

NACL bakal menjadi pertandingan yang akan menggantikan banyak program seperti Academy dan Proving Grounds.

Liga ini akan mempunyai 16 pasukan termasuk 10 pasukan yang kekal untuk menggantikan pasukan Academy dan 6 pasukan amatur.

Riot mengumumkan perubahan ini pada bulan lepas dan menyebabkan lebih tujuh daripada 10 pasukan yang masih ada dibuang begitu sahaja.

Malah 100 Thieves dan Cloud9 juga terpaksa dibuang.

LCS Players Association (LCSPA) memohon Riot untuk membantu.

Organisasi itu memohon ganti rugi RM1.2 juta untuk jumlah hadiah wang terkumpul pasukan tetapi hanya diberikan RM400 ribu sahaja daripada Riot.

Riot juga mengatakan mereka akan membatalkan musim ini jika tiada keputusan tetap dalam rundingan bersama LCSPA.

RELATED NEWS

+