Steam."> Steam." /> Steam." />

Ghostrunner akan dilancarkan pada 28 Oktober

505 Games mengumumkan bahawa Ghostrunner akan dilancarkan di PC, PlayStation 4 (PS4), dan Xbox One pada 28 Oktober ini. Untuk pemain PC di Malaysia, ia kini boleh dipra-tempah melalui Steam.

Ghostrunner merupakan sebuah permainan aksi bertema cyberpunk. Pemain akan menjadi seorang pahlawan pedang yang perlu menggunakan kebolehan parkour untuk bergerak dengan pantas dan mengalahkan musuh.

Salah satu ciri istimewa permainan ini untuk versi PC ialah ia menonjolkan teknologi pencahayaan ray-tracing yang agak ketara. Teknologi sebegini digunakan untuk membuatkan persekitaran cyberpunk dalam permainan ini nampak lebih menarik.

Jika anda berminat untuk mencuba permainan ini, sebuah demo percuma akan dilancarkan di Steam pada 29 September ini. Pada waktu ini, pelanggan PlayStation Plus dan pengguna Steam boleh pra-tempah dengan potongan harga 20%. Harga penuh permainan ini ialah RM99.

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+