Halo Infinite juga sudah ada ‘cheater’

Kurang daripada seminggu selepas dilancarkan, pemain Halo Infinite kali ini menyatakan mereka sudah berhadapan dengan beberapa pemain yang menipu di dalam permainan itu. 

Sebuah akaun Twitter, Wicked Good Gaming, berkongsi sebuah video memperlihatkan seorang pemain mengesyaki pihak lawannya boleh menjejaknya walaupun di sebalik dinding dan sudah bersedia untuk menembak sebelum dia bersedia.

Pemain itu mengesyaki pihak lawannya itu menggunakan perisian diluar permainan yang membantunya menembak dan mengesan musuh walaupun disebalik dinding.

Meskipun Halo Infinite Multiplayer masih lagi dalam fasa percubaan beta sebelum ianya dilancarkan secara penuh pada 8 Disember ini, pihak 343 Industries perlu menyelesaikan hal ini secepat mungkin sebelum ianya menjadi sesuatu yang sukar dikawal. 

Sumber: Dot Esports.

RELATED NEWS

+